Lepasan UPSR mungkin dibenar ke aliran vokasional - TPM

MUAR 25 Sept. - Kerajaan akan merombak Sistem Pendidikan Vokasional Negara termasuk kemungkinan membenarkan lepasan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mengikuti aliran kemahiran bagi meningkatkan jumlah tenaga mahir dalam pelbagai bidang industri negara.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah itu sejajar dengan sasaran Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) untuk memastikan 20 peratus pelajar mengikuti aliran vokasional berbanding 10 peratus pada waktu ini.

Menteri Pelajaran itu berkata, rombakan tersebut dijangka memberi lonjakan besar kepada pendidikan vokasional negara kerana ia mengandungi beberapa elemen penambahbaikan seperti skop dan silibus mata pelajaran, kemudahan infrastruktur, keperluan industri, tenaga pengajar dan penglibatan pihak swasta.

"Pada dasarnya saya bersetuju adalah lebih baik diawalkan pelajar ini memasuki bidang kemahiran, ini memang dalam penelitian kementerian.

"Ini kerana mungkin lebih maka awal lebih panjang mereka berada dalam bidang itu dan kemahiran mereka lebih baik," katanya.

Muhyiddin berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Melonjakkan Kecemerlangan Pendidikan Pagoh 2010 anjuran bersama Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran dan Sekreteriat Pendidikan Parlimen Pagoh di Dewan Sri Pekembar di sini hari ini.

Program yang dihadiri kira-kira 1,000 murid tahun lima dan pelajar tingkatan empat itu turut hadir Ketua Setiausaha kementerian, Tan Sri Dr. Zulkarnain Awang dan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mat Dom.

Timbalan Perdana Menteri mengulas laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini yang memaparkan cadangan para pembaca blog 1Malaysia Perdana Menteri untuk input Belanjawan 2011 yang antara lain meminta kerajaan mengembangkan rakyat Malaysia yang berpotensi menjadi buruh berkualiti dalam aspek kemahiran.

Dalam blog www.1Malaysia.com.my itu, seorang pembaca yang menamakan dirinya sebgaai Mohamad menyarankan agar lepasan UPSR yang tidak berminat dengan pendidikan secara akademik dihantar ke sekolah kemahiran supara tahap keciciran persekolahan dapat dikurangkan ke paras paling minimum apabila potensi mereka boleh digilap di banyak pusat latihan kemahiran.

Muhyiddin berkata, ketika ini bidang vokasional boleh diambil oleh pelajar lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan jumlah pelajar aliran vokasional negara masih kecil berbanding negara lain.

Sedangkan, katanya, negara memerlukan sekurang-kurangnya 3.3 juta pekerja mahir dalam tempoh 10 tahun bagi memenuhi keperluan industri negara.

Menurutnya, kebanyakan negara maju dan Eropah termasuk Perancis mempunyai jumlah pelajar vokasional yang tinggi manakala di Indonesia sebanyak 40 peratus pelajar mereka adalah di bidang vokasional manakala Thailand hampir 60 peratus pelajarnya mengikuti aliran kemahiran.

Selepas Perancis, tambahnya, beliau akan ke Sydney, Australia dalam bulan ini untuk bidang vokasional yang diberi perhatian serius dalam sistem pendidikan mereka.

"Dalam awal tahun depan, rakyat boleh diberitahu mengenai transformasi vokasional ini dengan lebih jelas dan pada masa yang sama kita tidak mahu ibu bapa menganggap bahawa bidang vokasional adalah pilihan kedua, ini perlu diperbetulkan," katanya.

Muhyiddin berkata, rombakan itu akan memastikan skop kemahiran yang diajar bersifat praktikal dan bukan hanya teori agar lebih mempunyai hubung kait dengan keperluan industri dan pasaran kerja.

Dalam soal logistik dan infrastruktur, katanya, pihak swasta digalakkan membina sekolah kemahiran yang bersesuaian dengan lokasi seperti sekolah elektronik di kawasan perindustrian elektronik atau sekolah berkaitan pelabuhan di kawasan terdapat pelabuhan.

Beliau berkata, sekolah swasta ini akan mengikut silibus kementerian dan dengan cara itu akan mempercepatkan usaha menghasilkan lebih ramai jumlah pelajar vokasional.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin ikhlas dari warga Sk Chepir

Tema hari Kemerdekaan 2010 : 1 Malaysia Menjana Transformasi


Sedar tak sedar, kita sudah pun masuk bulan Ogos dan sekaligus menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 53. Tema Hari Kemerdekaan 2010 ialah 1 Malaysia Menjana Transformasi. Tahun ini kita bakal menyambut Hari Kebangsaan Malaysia pada bulan Ramadhan.

Setiap tahun, tema hari kemerdekaan sentiasa berubah dan jom kita imbas kembali tema-tema hari kebangsaan sebelum ini. Tema ini diubah mengikut situasi semasa kecuali tahun 1988-1989 dan tahun 2000-2006.

1970 Muhibah dan Perpaduan
1971 Masyarakat Progresif
1972 Masyarakat Adil
1973 Masyarakat Berkebudayaan Malaysia
1974 Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
1975 Masyarakat Berdikari
1976 Ketahanan Rakyat
1977 Bersatu Maju
1978 Kebudayaan Sendi Perpaduan
1979 Bersatu Berdisiplin
1980 Berdisiplin Berbakti
1981 Berdisiplin Berharmoni
1982 Berdisiplin Giat Maju
1983 Bersama Ke Arah Kemajuan
1984 Amanah Asas Kejayaan
1985 Nasionalisme Teras Perpaduan
1986 Bangsa Tegas Negara Teguh
1987 Setia Bersatu Berusaha Maju
1988 Bersatu
1989 Bersatu
1990 Berjaya
1991 Wawasan 2020
1992 Wawasan Asas Kemajuan
1993 Bersatu Menuju Wawasan
1994 Nilai Murni Jayakan Wawasan
1995 Jatidiri Pengerak Wawasan
1996 Budaya Penentu Kecapaian
1997 Akhlak Mulia Masyarakat Jaya
1998 Negara Kita, Tanggungjawab Kita
1999 Bersatu Ke Alaf Baru
2000-2006 Keranamu Malaysia
2007 Malaysiaku Gemilang
2008 Perpaduan Teras Kejayaan
2009 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN 2010


NIAT PUASA RAMADHAN

"Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala:"

AHLAN WA SAHLAN RAMADHAN AL MUBARAK



"Ramadan kali ini aku cuba baiki diri. lama dah rasanya tak buat amalan sunat. Rasa diri ini tak pandai menyambut Ramadan. Tapi kali ini aku nak cuba agar sejarah silam tak kembali lagi....."

Mungkin itulah kata hati kita apabila tibanya malam pertama Ramadan kali ini memandangkan Ramadan yang lepas disia-siakan. Adakalanya terasa juga ruginya umur remaja dijadikan masa untuk bersuka-ria sahaja. Sibuk dengan kawan-kawan, enjoy sana, enjoy sini hingga syariat Tuhan diabaikan. Tuhan semakin ditinggalkan apatah lagi nak dicintai. Huh… sibuk benar mengejar dunia yang sementara saja.

Ramadan yang sarat dengan janji pahala dan keampunan tidak layak untuk kita sia-siakan. Sesungguhnya puasa zahir ditandai dengan berakhirnya siang, iaitu ketika mulai tenggelamnya matahari di tempat istirehatnya. Semasa berbuka lupa Ramadan sekejap, rasa dunia ini dia yang punya, pelbagai jenis air, bermacam-macam warna dan rasa, kuih tak tau la berapa jenis, belum lagi lauk pauk. Pendek kata tak ada ruang lagi la atas meja tu. Akhirnya semua itu akan dimasukkan ke dalam tong sampah kerana perut tak dapat menampung beban makanan yang masuk…membazir bukan.

Akan tetapi puasa orang-orang yang dekat dengan Tuhan, tidak berpenghujung. Tidak dimulai dengan syuruk dan tidak diakhiri dengan ghurub. Tidak dapat dihitung dengan bilangan jam dan batasan waktu. Malah dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan mengharap reda Allah. PUASA MEREKA DIIRINGI DENGAN RASA BERTUHAN YANG MENDALAM DAN RASA HAMBA YANG MEKAR MEMBUNGA. Dirasakan Ramadan inilah rahmat dan kasih sayang Tuhan itu melimpah-ruah.

Pernah Rasulullah SAW, manusia yang agung bersabda: “Ada orang yang berpuasa tapi tiada baginya pahala, yang dapat hanyalah lapar dan dahaga”.

Ingatan ini mesti dijaga agar ibadah puasa kita tidak rosak dan sia-sia walaupun tepat syarat dan rukunnya.

Selanjutnya Rasulullah SAW memberitahu kita supaya banyakkan ibadah di bulan puasa kerana balasannya sungguh istimewa. Ia bulan pengampunan dosa juga bulan dikabulkan doa. Terhimpun kebaikan padanya. Syurga rindu orang yang memuliakannya.

Bagi orang yang menghayati Ramadhan yang diberkati, puasanya akan berkesan dihati hingga membina peribadi.

Nabi SAW bersabda: “Siapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan reda Allah, akan diampuni dosanya yang terdahulu dan kemudian”

Inilah puasa yang hakiki..

Oh Ramadhan…kedatanganmu kurindu..kehadiranmu menggamit ketenanganku.

Glosari:

1) syuruk: waktu terbit matahari
2) ghurub: waktu terbenam matahari

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2010

Tempat : Dewan Abdullah Ahmad, SKC
Tarikh : 09 Ogos 2010Perasmian Oleh :
Dato' Hj. md. Jali Bin Lateh DIMP
Menyambut ketibaan tetamu diiringi dengan
paluan kompang
oleh pelajar-pelajar SKC


Persembahan Nasyid sebagai pembuka tirai

Anugerah Khas Kecemerlangan UPSR (5A) 2009
Anugerah Khas Kecemerlangan UPSR (5A) 2009Anugerah Khas Kecemerlangan UPSR (5A) 2009
Anugerah Khas Kecemerlangan UPSR (5A) 2009

Persembahan drama Si Tanggang dan
Tarian Bollywood mengakhiri majlis

Setinggi-tinggi penghargaan kepada PIBG dan semua Warga SKC yang terlibat bagi menjayakan program Hari Anugerah Cemerlang SKC 2010.

"Kejayaan tidak akan datang tanpa usaha"
Sesungguhnya kejayaan itu adalah 99% daya usaha dan 1% inspirasi

Semoga SKC terus mencapai kecemerlangan di masa hadapan


KEM TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR

Pada 9/7/2010 dan 16/7/2010, Sekolah Kebangsaan Chepir telah mengadakan Kema Teknik Menjawab Soalan UPSR kepada pelajar-pelajar Tahun 6 yang akan menduduki UPSR pada tahun ini. Kem tersebut bertempat di KEDA Resort, Bendang Man, Sik Kedah. Perasmian turut diadakan oleh En. Tajuddin Bin Abdullah dari Adun Belantik. Pihak sekolah telah memilih seorang guru kaunselor dari SM Jeneri iaitu En. Rosli B. Md. Sharif untuk memberi ceramah tersebut.