APAKAH H1N1?
H1N1 adalah sejenis penyakit berjangkit pada saluran pernafasan yang disebabkan oleh sejenis virus yang baru dan terhasil daripada reassortment (percampuran) genetik virus influenza khinzir, burung dan manusia.
GOLONGAN BERISIKO TINGGI
- Kanak kanak berumur bawah 5 tahun
- Dewasa berumur 65 tahun ke atas
- Wanita mengandung
Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin. Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaan permukaan (surfaces) atau tersebar ke udara.
Seterusnya, seseorang akan dijangkiti sama ada melalui pernafasan; melalui sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan-permukaan yang tercemar dengan titisan cecair pesakit.
TANDA TERKENA H1N1
- Selesema
- Demam
- Batuk
- Sakit kepala
- Sakit badan
- Sakit tekak
- Muntah-muntah
- Cirit birit.
- Elakkan berada di tempat awam yang sesak.
- Berehat dan minum banyak air.
- Tutup mulut dan hidung bila batuk dan selesema.
- Elak menyentuh mata, hidung dan mulut.
- Gunakan topeng muka bagi mengelakkan titisan cecair tersebar kepada orang lain di sekeliling anda.
- Maklumkan keluarga dan rakan mengenai masalah kesihatan yang anda alami.
- Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun.
- Jangan gunakan pengangkutan awam untuk menggelakkan jangkitan kepada orang lain.
- Jika demam, batuk & sakit tekak yang berterusan hendaklah segera berjumpa doktor
- Jauhi kawan-kawan yang nampak tidak sihat dan menghidapi demam dan batuk.
- Maklumkan kepada guru jika ada kawan-kawan yang yang nampak tidak sihat dan menghidapi demam dan batuk.
- Kerap cuci tangan dengan air dan sabun.
- Elak menyentuh muka, khususnya hidung dan mulut untuk mengurangkan kemungkinan jangkitan.
- Amalkan cara hidup sihat. Dapatkan tidur yang cukup, makan secara sihat dan lakukan aktiviti fizikal.
- Maklumkan kepada guru jika ada kawan-kawan yang baru pulang dari luar negara bagi tujuan pemantauan
- Murid-murid hendaklah sentiasa berada di rumah.
- Minta ibubapa / penjaga memantau kesihatan diri.
- Tidak dibenarkan untuk mengikuti sebarang aktiviti sekolah
Doa Pelindung Dari H1N1
No comments:
Post a Comment