KATA ALUAN GURU BESAR



Assalamualaikum........


Pertama sekali, syukur kehadrat Ilahi, segala puji untukNya Tuhan sekalian Alam. Selawat dan salam untuk Rasul Junjungan kita Muhammad S.A.W.


Saya memanjatkan kesyukuran di atas penghasilan portal laman blog SK Chepir ini. Menyedari akan perkembangan dan kemajuan teknologi yang semakin maju dan pantas bergerak, pihak sekolah mengambil inisiatif untuk mewujudkan portal sekolah agar jurang teknologi di sekolah ini tidak ketinggalan mengikut arus pemodenan terkini. Portal blog ini juga bertujuan menyalurkan maklumat dan informasi sekolah serta aktiviti yang telah dilaksanakan oleh pihak sekolah.


Di samping itu juga, portal ini dapat memberi laluan kepada semua pihak, samada PIBG, PPD, JPN, KPM, mahupun PKG untuk memberikan sebarang info atau maklumbalas kepada pihak sekolah. Pihak sekolah amat mengalu-alukan kerjasama dari semua pihak dalam menyampaikan maklumat kepada kami melalui saluran ini.


Akhir kata, saya berharap agar portal ini akan menjadi salah satu langkah untuk SK Chepir berkembang ke arah positif dalam era globalisasi dunia ICT terkini.


Sekian, terima kasih.


"Ke Arah Kecemerlangan"


En. Shukari B Yaakob
Guru Besar Sk Chepir

1 comment:

  1. Assalamualaikum Guru Besar.. Ucapan yang bernas. Saya aan sentiasa memberikan sokongan terhadap Blog ini. Usaha yang amat bagus didalam mengecapi nikmat arus teknologi moden.

    ReplyDelete