Kem Aqil Baligh SK Chepir

Pada 12-13 Oktober lalu pihak sekolah telah mengadakan "Kem Aqil Baligh" untuk pelajar tahun 6 bertempat di KEDA Resort Bendang Man, Sik Kedah. Kem ini merupakan aktiviti yang dilaksanakan selepas UPSR khusus untuk murid Tahun 6 sebagai satu persediaan untuk ke peringkat yang lebih remaja. Ia juga persediaan bagi menghadapi hari Aqil Baligh dalam berilmu pengetahuan dan berada di dalam situasi yang menyenangkan dan bersedia pada setiap diri individu. Dengan adanya kem ini, segala pendedahan yang diberikan akan menambah keyakinan diri para pelajar dan berilmu pengetahuan.
Seramai 90 orang murid tahun 6 (30 lelaki / 60 perempuan).
Guru-guru terlibat terdiri daripada Guru Pendidikan Islam, Guru j-Qaf dan semua guru.

Para pelajar khusyuk mendengar taklimat


Aktiviti berkumpulan




Latihan Amali pengurusan jenazah


Latihan Amali Tayamum


Para peserta Kem bergambar bersama guru iringan


No comments:

Post a Comment