SELAMAT HARI GURU 16 MEI


16 haribulan Mei setiap tahun merupakan Hari Guru. Seluruh negara akan menyambut dan merayakan Hari Guru sebagai tanda penghormatan dan pengiktirafan terhadap jasa dan sumbangan kaum guru. Justeru, marilah kita semua merafakkan setinggi-tinggi puji dan syukur ke hadrat Allah SWT kerana sekali lagi kita dapat menyambut dan merayakan ketibaan Hari Guru bagi tahun ini.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan "Selamat Menyambut dan Merayakan Hari Guru" kepada semua warga pendidik. "Terima Kasih Cikgu" atas segala usaha dan kesungguhan yang telah diberikan dalam melaksanakan tanggungjawab dan memikul amanah rakyat.

'Petikan ini diambil dari Perutusan Hari Guru 2010 Menteri Pelajaran Malaysia'

No comments:

Post a Comment